Gara-Gara Terlalu Obses Nak Putih, Kurus & ‘Kuat’, Gadis Ini Menderita Di Wad ICU

loading...
ohbulan_11jan
Sudah menjadi fitrah setiap orang sukakan kecantikan lebih-lebih lagi wanita. Perkara ini telah membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang belum tentu selamat. Oleh itu kita sebagai pengguna kenalah bijak, jangan mudah terpedaya dengan testimoni palsu!
Doktor ini kongsi kisah seorang gadis meninggal dunia kerana organ buah pinggang dan hati rosak teruk. Setelah diselidik rupa-rupanya gadis ini telah mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan antaranya ubat kurus, ubat putih, ubat perapat dan sebagainya.

Obses nak cantik – ubat kurus, ubat pemutih, pil perapat

screen-shot-2017-01-10-at-11-46-19-pm
(Sekadar gambar hiasan)
CANTIK
Pernahkah anda buka media sosial tanpa terserempak dengan iklan ubat kurus atau iklan pemutih kulit atau iklan ubat kuat/ ketat?
Tak pernah kan? Itu dah cukup untuk membayangkan betapa obsesnya rakyat kita dengan 3 perkara tadi. Semua nak putih, kurus, ‘kuat’.
Beberapa tahun lalu ada seorang gadis muda dikejarkan ke hospital dengan kerana pengsan di rumah. Dia kemudiannya dimasukkan ke ICU kerana kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang yang amat kritikal.
Pening kami mencari punca bagaimana orang muda yang sihat sebelum ini boleh jatuh sakit sebegini teruk. Sepsis bukan. Trauma pun bukan. Setelah kami tanya ahli keluarganya maka mereka pun berusaha mencari dan menyelongkar ubatan yang diambil oleh gadis tadi di rumah.
Mak aiii… Jangan kata kami terkejut, ahli keluarga dia itu pun terperanjat melihat longgokan ubatan dan suplemen yang diambil secara senyap-senyap oleh gadis tersebut.
Ada ubat kurus, ada minuman pemutih kulit, ada minuman awet muda stem cell, ada pil perapat, ada ubat pembesar payudara, ada pil penambah tenaga. Pendek kata semua ada. Pelik sungguh kerana gadis itu sememangnya dah cantik dan sempurna tubuh badannya. Entah apa yang dimahukan lagi.

Organ hati dan buah pinggang rosak teruk!

screen-shot-2017-01-10-at-11-45-38-pm
(Sekadar gambar hiasan)
Ahli keluarganya bertanya, ubat-ubatan ini semuanya ada nombor kelulusan KKM, takkanlah merbahaya. Lalu kami semak nombor pada semua ubatan tadi. Rupa-rupanya nombor yang tertera dibotol suplemen tadi bukanlah nombor kelulusan KKM, ia cuma nombor pendaftaran sebagai produk makanan saja. Belum lulus sebagai ubat pun lagi! Malah ada diantaranya nombor pendaftaran palsu!
Akibat pengambilan suplemen tersebut, tubuh badannya telah bekerja keras menyahtoksikkan bahan-bahan tersebut sehinggalah organ hati dan buah pinggang menjadi rosak teruk.
Jika rosak buah pinggang, masih boleh dibantu dengan dialisis. Jika rosak hati, tak banyak bantuan yang boleh diberikan. Doktor hanya mampu merehatkan fungsi hati sambil berharap ada sebahagian sel yang akan sembuh sendiri. Selalunya apabila fungsi hati gagal sepenuhnya, bermakna tunggu masa saja untuk berangkat pergi.
Dan itulah yang terjadi pada si gadis tadi. Dia meninggal dunia setelah hampir seminggu bertarung nyawa di ICU.
Sehingga sekarang saya masih terfikir; gadis itu tiada cacat cela pada tubuh badannya. Yang cacat ialah fikirannya, hingga segalanya nampak tak sempurna dimatanya.
Hana Hadzrami
Dah tak lut kalau nak ambil suplemen cantik pun.
sumber : Ohbulan
loading...

0 Response to "Gara-Gara Terlalu Obses Nak Putih, Kurus & ‘Kuat’, Gadis Ini Menderita Di Wad ICU"

Post a Comment